Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Sup Ayam Untuk Anak

Lama ek tak update blog ni..yg blog lain rajin jugak update..maybe mcm tak de semangat sebab blog ni tak de readers, visitors pon berapa kerat je sehari..

tapi biasa la blog baru mmg camtu..apa lagi kalo blogspot, nak buat SEO pon susah..godek2 dlm HD tgk ada lagi gamba yg dah di edit tapi belum tulis entry..belasah aje la sup ayam ni pon..



Kalo nak senang, time free tu korang blend sesiap bwg putih, halia, bwg merah, simpan dlm bekas..bila terasa cam nak buat sup tu, panas kan piuk, letak minyak, tumis aje sebatian bawang dan halia tu tadi..nak wangi, letak la rempah ratus biasa org buat sup tu..apa? tak tahu? laa..bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam..ada gak yg letak buah pelaga..tapi MamaSeni anti..sebab kalo tergigit tu..eerrr tak best langsung rasanya..

kalo giler kentang, letak la 2 tiga bijik, kupas dan potong la 4 ke 6 ke, jgn la lempar aje sebijik gitu, jenuh nak tunggu kentang empuk.. bukan sup ayam je buat cam gitu, sup daging pon boleh..nak nak kalo ada org kat umah yg demam selsema ke..sedap tu hirup sup panas, masuk ke tekak, bertenaga sikit, kalo idung tersumbat, lega je, mencair gitu..haha!

Tapi macam dijangka la..seperiuk sup ni, anakku makan ada la dlm 2 sudu kot..tu pon jenuh memujuk nak disuap tu..tak pe la anak, janji makan air tangan mama..dari makan bebenda tak berkhasiat...esok dah nak capai akil baligh, tgk seperiuk tu dia sorang je ngadap..jenuh aku pikir menu siang malam pulak..hehe!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Nasi Goreng Simple

Dah lama tak beli mixed vege yg frozen, asyik beli bahan yg sama je utk masak..sesekali nak jugak cuba benda baru.

Dah beli tu tak de idea plak nak masak apa..tgk dlm freezer ada udang, belasah aje la jadikan perencah nasi goreng sempoi dan tak pedas. Sesuai utk anak kecil yang tak tahan pedas.



Selalunya kalau nak buat nasi goreng, mama akan ramas dulu nasi sejuk tu dengan garam, senang bagi semua nya terasa masin, sebab kalau dah tumis baru letak garam, nanti tak rata pulak rasanya..

Untuk yang nak pedas, masa tumis tu boleh letak cili blend. Selalunya kat rumah ni bawang merah, bawang putih dah di blend siap-siap. Cepat skit main campak dalam kuali, tak de kena terhegeh nak mengopek kulit bawang time nak masak.

Maklum la ada anak kecik, keje pon nak kena pantas. Kiranya bersusah dulu siapkan bahan dan ramuan, supaya senang kemudian hari. Sesiapa yang lapar tengok gambar nasi goreng, cuba-cuba la masak ye..hehe!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sambal Udang Resepi Mat Gebu

Mesti korang kata MamaSeni ni tak de keje lain, asyik masak je..begitu la rutin hidup seorang surirumah..dah kalo tak masak, nak makan apa pulak..kena pulak pikir menu apa nak order kat kedai..



Takde la..bukan hari2 pon MamaSeni masak, bila time anak mood baik, tak meragam ada peluang la aku menggodek2 recipe baru..ni try resepi sambal udang style Nyonya..inspirasi dari blog Mat Gebu..husband kata sedap jugak style sambal gini..so buleh la bebila buat lagi..

yang bezanya ada halia n lengkuas yg diketuk, pastu dalam cili blend tu ada buah keras..tak sure la recipe asal Mat Gebu tu suh letak serai ke tak..MamaSeni tak letak pon..sebab time nak masak tu malas plak nak online check recipe..

perasan tak mangkuk bunga kangkung tu, siap ada sudu sekali kat tepi..saja je tu sebagai penyeri gamba, sudu2 tu kalo isi kueh lompang ke, atau bergambar dengan pengat ke lagi sesuai...aihh tetiba teringin pulak nak makan pengat pisang..isk!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Piring Meakin, Buncis Goreng


Masa beli piring ni kat booth pinggan antik kat Amcorp Mall, Mama tak tau pon pasal Meakin ni..kakak yg jual tu ckp, amik la piring ni dik, design retak seribu, made in england..

bila dah balik, belek2 belakang piring tu ada la cop Meakin..

J. & G. Meakin was an English pottery manufacturing company founded in 1851 and based in Hanley, Stoke-on-Trent, Staffordshire.

oohh..tu la asal nama Meakin ni..ingatkan apa benda..pegi blog hopping kat blogs pengumpul pinggan antik, rupanya ni salah satu la set wajib dorang collect selain dari set asas pinggan corak bunga kangkung tu..

mana la nak tau kan, kita bukan pengumpul pinggan antik, beli pon semata2 nak snap gamba makanan je..tu seperti di janjikan dalam entry sebelum ni, gamba goreng kacang buncis..semata2 letak dalam piring Meakin tu nak amik gamba je tu tau..bukan buat mkn pon dalam tu..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sambal Kicap

Esok misi nak membuat stok sambal kicap..

Sapa tak tau sambal kicap tu apa? kalau korang mkn soto, yg kicap pedas tu la di panggil sambal kicap, ni bukan kicap yg buat cicah ikan bakar tu tau..ni lain sikit..

Ada banyak versi buat sambal kicap ni..

Tapi untuk esok mama nak cuba yg style goreng bawang putih dgn cili sekali dalam minyak..mari kita tgk ada perbezaan tak rasa nya berbanding yg selalu dibuat..

terbayang kesedapan mencicah goreng pisang, tempe goreng dalam sambal kicap tu..

oh, ada jugak yg tambah petis dan kacang goreng tumbuk dalam sambal kicap yg nak dicicah dgn goreng pisang..

yang penting stok asas sambal kicap tu kena buat dulu..

nasib la ada blender, terima kasih la kepada sesapa pencipta blender di dunia ni..kalau tak mau tercabut tangan Mama nak tumbuk dgn lesung..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Angin, Angin, Cendawan Berangin

Konon azam baru nak cuba masakan yg lain dari rutin selalu, jadi hari ni goreng sayur letak la cendawan tiram, organic lagi tu..beli kat JUSCO ahad lepas..

amik ko, terus berangin satu badan, kepala pon pening..baru je berangan nak habiskan cendawan tu dgn buat cendawan goreng berempah..



Gambar cendawan kat atas ni MamaSeni amik dari blog ni: Diari Adam. Menarik kan tgk dia tanam cendawan kat depan rumah, selamba je susun atas rak kasut..tapi bayangkan kalo semua pek cendawan tu beranak pinak sapa pulak nak makan semua cendawan tu kalo dah mkn skit berangin tak hingatt..waaa!

Terbayang kerangupan cendawan goreng celup tepung yg di jual kat Pasar Ramadhan tahun lepas..harap tahun ni peniaga tu jual la cendawan tu..setakat nak mkn 2-3 ringgit tu beli aje la..lain la kalo ada 10 org nak mkn, baru berbaloi kot nak cuba recipe cendawan goreng yg MamaSeni ada jumpa ni..

sapa nak recipe bgtau yer..nanti MamaSeni share next post..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tanak Nasik, Menggaram Kunyit

Err..zaman sekarang ni buleh dikira menanak nasik ke lagi yer bila kita masak nasik dalam rice cooker?

tapi belasah je la..saja buat sedap tajuk..haha..tadi lepas balik keje Hubby ajak kuar, dah mkn dah ni, siap tapau donut Big Apple, beli pulak kueyteow tomyam utk supper..alih2 rasa mcm nak makan nasik..

so kul 12 tu MamaSeni pon masak la nasik..kuarkan ayam dgn sotong, beku pulak tu..nak defrost dalam microwave malas sebab ni mmg tahap beku ais di kutub ni..so biar dulu dalam sinki..

tunggu punya tunggu anakku yg mmg terbukti liat nak tido ni, amik ko, kul 3 pagi baru nak lelap mata dia..tu pon jenuh la pujuk semua, tepuk, peluk, sayang, dodoi..esok besar ko tak sayang Mama, jaga ko anak oii..

turun tgk kat sinki, dah thaw dah semua bahan tu..tak kuasa dah aku nak goreng buat lauk pagi2 buta ni, ku garam kunyit, simpan dalam tupperware, masuk balik dalam fridge (bukan freezer yer)..esok tgh hari bgn, senang skit terus masuk kuali aje..

err..gamaknya basi tak nasik dlm rice cooker tu? beras sekarang ni kdg cepat basi..rasa mcm patut dijamah jugak walau sepiring nasik, waima dgn kicap sebagai lauk..jadi kalo basi esok tak de la terkilan sgt..

kdg2 kita patut jugak belajar jadi susah, insaf sikit bila tgk org dalam TV3 bersamamu yg mkn nasik dgn garam..(hehe..tapi ni bukan kes susah, tapi kes dah mengantuk tapi lapar..huhu!)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Goreng Kacang Buncis

Hari ni MamaSeni buat goreng kacang buncis, tak de sapa dlm umah ni yg suka kacang buncis ni..mama sorang aje yg suka..tapi belasah je la kan..dah tekak teringin nak mkn kacang buncis goreng..

Gambar tak amik pulak..nanti second time masak, akan ku snap gamba gorengan itu..ada lagi tu ha separuh kacang buncis dlm fridge..maklum la beli satu pek kat Jusco tu, nak goreng semua tak terlarat plak nak mkn..

btw, ibu2 sekalian, korang penah tak terfikir apa la khasiat segala sayur or masakan yg korang masak dan hidang ke anak2 dan suami..ye la..adakah kerana nak cukupkan korum masakan or korang masak masakan tu sebab dia ada protin, vitamin, garam galian..ala bebenda dlm piramid makanan tu la..

meh sini MamaSeni nak share pasal kacang buncis ni, nama omputih dia French Beans, nama saintifik Phaseolus vulgaris..asal usul kacang buncis ni dari Amerika Tengah dan Selatan.

Mengikut kajian dari pacik Google, dikatakan kacang buncis ni kaya dgn protein dan vitamin. Yang menarik tu, sayur kacang buncis ni boleh membantu mengawal tekanan darah dan menurunkan metabolisme gula dalam darah.

Sesuai la jadikan hidangan org sakit kencing manis dan darah tinggi. Pastu ada plak kajian yg kata enzim dan serat dalam kacang buncis ni boleh menurunkan berat badan.

Err..dah tu kalo dah kurus kering tak sesuai la mkn kacang buncis ni..ke cemana ek?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Waffle Panas, Waffle Panas!

Hari ni hujan pulak yer..dari petang membawa ke malam..bila hujan mula la perut pon rasa lapar..kalau la ada waffle panas di hujan2 begini..alangkah sedapnya...



Dalam dok edit gamba jalan-jalan ke Genting, jumpa plak gamba mamat jual waffle ni..mahal tu RM4.70..tapi ye la ingat senang ke nak angkut segala mala ramuan ke atas Genting tu..tapi ok la..tak la semahal Paddington House of Pancake punya waffle..

Waaa..nak mkn waffle panas-panas..kat mana ada malam buta kul 12 ni?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments