Prince of Persia - The Sands of Time



Mesti ramai yang dah berkira-kira nak tgk movie ni kan..ye la korang yg tak de apa kepayahan tu, layan je la movie ni..kalo yg ada anak besar skit tu buleh heret tgk Shrek 4 ke..

MamaSeni..tunggu kuar DVD aje la kot..kang wayang ke mana anak aku melalak satu sen tak guna..huhu..lagi pon tak berapa nak minat dgn si Jake Gyllenhaal, dia kan jadi Dastan..

ni synopsis sapa yg tak tau citer ni..Prince of Persia ni kan asal usul dari video game..

Set in the mystical lands of Persia, a rogue prince and a mysterious princess race against dark forces to safeguard an ancient dagger capable of releasing the Sands of Time -- a gift from the gods that can reverse time and allow its possessor to rule the world.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tupperware Steam It



Dah lama bercadang nak beli steamer buluh, ada jugak terfikir nak beli periuk kukus style lama tu..tapi kat mana pulak nak simpan..alasan baik nak kena buat kitchen kabinet nampaknya..hehe..

yang terbaru ni Tupperware buat bekas steam - Steam It, kalo mengikut harga katalog terkini 17 May - 30 June 2010 harganya RM49.90..

MamaSeni tak sempat nak pegi check kat stokis macam mana kah rupa sebenar Steam It ni, ye la besar mana kan.. walaupon dalam katalog ada size nya 16.9cm (H) x 22.9cm (D)

tgk dalam video ni mcm boleh muat nak steam sepinggan ayam, bahagian peha dan 3 ketul jagung..kiranya utk steam kecil2an la ni..kot ko nak buat kuih lapis ke, seloyang mcm nak menjual tu, tak dpt la jah oii..tu kena beli periuk kukus fesyen lama la..hehe..

err..harus kah aku membeli Steam It ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sambal Udang Resepi Mat Gebu

Mesti korang kata MamaSeni ni tak de keje lain, asyik masak je..begitu la rutin hidup seorang surirumah..dah kalo tak masak, nak makan apa pulak..kena pulak pikir menu apa nak order kat kedai..



Takde la..bukan hari2 pon MamaSeni masak, bila time anak mood baik, tak meragam ada peluang la aku menggodek2 recipe baru..ni try resepi sambal udang style Nyonya..inspirasi dari blog Mat Gebu..husband kata sedap jugak style sambal gini..so buleh la bebila buat lagi..

yang bezanya ada halia n lengkuas yg diketuk, pastu dalam cili blend tu ada buah keras..tak sure la recipe asal Mat Gebu tu suh letak serai ke tak..MamaSeni tak letak pon..sebab time nak masak tu malas plak nak online check recipe..

perasan tak mangkuk bunga kangkung tu, siap ada sudu sekali kat tepi..saja je tu sebagai penyeri gamba, sudu2 tu kalo isi kueh lompang ke, atau bergambar dengan pengat ke lagi sesuai...aihh tetiba teringin pulak nak makan pengat pisang..isk!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Piring Meakin, Buncis Goreng


Masa beli piring ni kat booth pinggan antik kat Amcorp Mall, Mama tak tau pon pasal Meakin ni..kakak yg jual tu ckp, amik la piring ni dik, design retak seribu, made in england..

bila dah balik, belek2 belakang piring tu ada la cop Meakin..

J. & G. Meakin was an English pottery manufacturing company founded in 1851 and based in Hanley, Stoke-on-Trent, Staffordshire.

oohh..tu la asal nama Meakin ni..ingatkan apa benda..pegi blog hopping kat blogs pengumpul pinggan antik, rupanya ni salah satu la set wajib dorang collect selain dari set asas pinggan corak bunga kangkung tu..

mana la nak tau kan, kita bukan pengumpul pinggan antik, beli pon semata2 nak snap gamba makanan je..tu seperti di janjikan dalam entry sebelum ni, gamba goreng kacang buncis..semata2 letak dalam piring Meakin tu nak amik gamba je tu tau..bukan buat mkn pon dalam tu..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sambal Kicap

Esok misi nak membuat stok sambal kicap..

Sapa tak tau sambal kicap tu apa? kalau korang mkn soto, yg kicap pedas tu la di panggil sambal kicap, ni bukan kicap yg buat cicah ikan bakar tu tau..ni lain sikit..

Ada banyak versi buat sambal kicap ni..

Tapi untuk esok mama nak cuba yg style goreng bawang putih dgn cili sekali dalam minyak..mari kita tgk ada perbezaan tak rasa nya berbanding yg selalu dibuat..

terbayang kesedapan mencicah goreng pisang, tempe goreng dalam sambal kicap tu..

oh, ada jugak yg tambah petis dan kacang goreng tumbuk dalam sambal kicap yg nak dicicah dgn goreng pisang..

yang penting stok asas sambal kicap tu kena buat dulu..

nasib la ada blender, terima kasih la kepada sesapa pencipta blender di dunia ni..kalau tak mau tercabut tangan Mama nak tumbuk dgn lesung..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Shutter Island



Hubby kalau baca ni mesti berbulu..tapi nak tulis jugak..keh keh..citer ni MamaSeni dah beli masa shopping DVD kat Kota Damansara...beli 5 DVD free 2 tu.. Movie Shutter Island ni pelakon kesukaanku la Leonardo dicaprio berlakon..tapi bukan citer jiwang, bukan drama jugak..ala2 thriller Alfred Hitchcock..ada psiko skit..

Synopsis official dia ckp citer tu begini:

Two U.S. marshals, Teddy Daniels and Chuck Aule, are summoned to a remote and barren island off the coast of Massachusetts to investigate the mysterious disappearance of a murderess from the island's fortress-like hospital for the criminally insane.

tapi ni ada plak yg comment kat youtube kata Leo yg di hantar ke Shutter Island tu utk treatment lepas dia bunuh bini dia..ala..betul ke cam gitu..spoil betul la..bila boleh tgk gamaknya citer ni..jom tgk malam ni jom..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hadiah Birthday Untuk Alisya


MamaSeni tulis entry ni khas utk Contest - Hadiah Birthday Untuk Alisya. Saja suka2 lagi pon isinya pasal hadiah apa yg sesuai utk budak setahun..I mmg suka hal nak shopping toys ni..dah selalu sgt buat kajian kat Toys R Us, Mothercare, ELC..kalo ikutkan hati nak je beli semua, kalo Mama ni kaya raya mmg dah borong dah satu kedai tu..hehe..

MamaSeni mmg tak beli toys pasar mlm, bukan memilih bulu ke apa tapi tak tahan, kena hentam, campak sekali je hancur..so kalo utk anak Mama mmg beli toys cap Fisher Price, ada jugak beberapa brand lain, educational tu dah tentu la, pastu ketahanan tu mmg terjamin, ada yg beli masa umur 3-4 bulan, sampai sekarang dah nak 1 1/2 tahun pon elok lagi, bateri pon tak weak..pastu Mama suka kalo yg jenis buleh di ubah2 tu..ala mcm transform dari satu kegunaan ke satu fungsi yg lain..

Contohnya mcm si Lion ni..masa anak Mama nak start berjalan kami belikan yg ni la..dia pon dgn gigih la dok tolak lion ni..



Pastu bila dah boring tolak lion, transform kan jadi ride pulak..kira 2 dalam 1 dah fungsinya..harga dalam RM249 (ikut harga kat online shop), kalo kat JUSCO pon ada jugak lion ni..boleh kumpul points n kalo nasib baik dpt discount lagi kalo time sale..





Boleh cuba demo di website fisher price ni - Stride To Ride Lion

Lagi satu yang Mama rasa sesuai utk hadiah baby girl setahun is Laugh And Learn Learning Home. Comel kan Laugh And Learn Learning Home ni..harga kat mybbstore.com dalam RM499.00 tapi rasanya berbaloi sebab boleh guna sampai umur 3 tahun...mungkin jugak kalau pandai jaga, boleh diwarisi ke adik-adik yang lain..hehe..



Learning Home ni Award Winner, Oppenheim Toy Portfolio- Gold Award 2005. Yang ni pon ada demo kat website Fisher-Price : Laugh & Learn Learning Home.

Budak2 selalu suka kan alat mainan yg ada muzik..haa kat learning home ni ada 21 lagu. Sambil tu boleh pusing2 jam, kenal ABC, 1,2,3..ni ada skit panduan kenapa bagus Learning home ni (Mama malas nak translate, korang paham kan je la yer..)

1.Promotes understanding of objects, numbers, letters, colors & shapes.
- Helps baby make connections between words & images.
- Expands baby’s vocabulary with new words & greetings.
- Fosters thinking skills & encourages problem-solving with numerous action/reaction activities.


2. Everyday Experiences

- Introduces new topics as they relate to familiar things in baby’s home.
- Reinforces learning concepts through delightful music, sounds, songs & activities.
- Stimulates curiosity & encourages baby to explore.
- Builds self-confidence & a sense of empowerment as baby masters new skills.

Pada pemerhatian Mama, toys yg sebegini walaupon harganya mcm nak terbeliak bijik mata, tapi long term mmg berbaloi, lagi pon ni la masa nak guna duit Nuffnang utk anak..hehe..alah kalo eyriqazz tu satu buffered earning dia aje dah buleh beli brg mainan Fisher Price ni..haha!

Sebenarnya, MamaSeni selalu jugak jenguk blog eyriqazz ni, ada satu entry terbaru dia pasal Lisa Surihani tu..suka plak bila baca..bengang wife member sebab si Eyriqazz sanggup merempit balik keje semata-mata nak tgk Adamaya..ish selalu pompuan je suka nak tgk citer2 mcm tu..tapi Mama paham, citer melayu ni camner punya tak lojik pon kalo di layan mmg boleh terjebak..sama mcm tgk telenovela Indon or Spanish jugak la..

Harap entry mama ni dapat la membantu Eyriqazz dan isteri memilih hadiah apa yg terbaik utk Alisya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Angin, Angin, Cendawan Berangin

Konon azam baru nak cuba masakan yg lain dari rutin selalu, jadi hari ni goreng sayur letak la cendawan tiram, organic lagi tu..beli kat JUSCO ahad lepas..

amik ko, terus berangin satu badan, kepala pon pening..baru je berangan nak habiskan cendawan tu dgn buat cendawan goreng berempah..



Gambar cendawan kat atas ni MamaSeni amik dari blog ni: Diari Adam. Menarik kan tgk dia tanam cendawan kat depan rumah, selamba je susun atas rak kasut..tapi bayangkan kalo semua pek cendawan tu beranak pinak sapa pulak nak makan semua cendawan tu kalo dah mkn skit berangin tak hingatt..waaa!

Terbayang kerangupan cendawan goreng celup tepung yg di jual kat Pasar Ramadhan tahun lepas..harap tahun ni peniaga tu jual la cendawan tu..setakat nak mkn 2-3 ringgit tu beli aje la..lain la kalo ada 10 org nak mkn, baru berbaloi kot nak cuba recipe cendawan goreng yg MamaSeni ada jumpa ni..

sapa nak recipe bgtau yer..nanti MamaSeni share next post..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tanak Nasik, Menggaram Kunyit

Err..zaman sekarang ni buleh dikira menanak nasik ke lagi yer bila kita masak nasik dalam rice cooker?

tapi belasah je la..saja buat sedap tajuk..haha..tadi lepas balik keje Hubby ajak kuar, dah mkn dah ni, siap tapau donut Big Apple, beli pulak kueyteow tomyam utk supper..alih2 rasa mcm nak makan nasik..

so kul 12 tu MamaSeni pon masak la nasik..kuarkan ayam dgn sotong, beku pulak tu..nak defrost dalam microwave malas sebab ni mmg tahap beku ais di kutub ni..so biar dulu dalam sinki..

tunggu punya tunggu anakku yg mmg terbukti liat nak tido ni, amik ko, kul 3 pagi baru nak lelap mata dia..tu pon jenuh la pujuk semua, tepuk, peluk, sayang, dodoi..esok besar ko tak sayang Mama, jaga ko anak oii..

turun tgk kat sinki, dah thaw dah semua bahan tu..tak kuasa dah aku nak goreng buat lauk pagi2 buta ni, ku garam kunyit, simpan dalam tupperware, masuk balik dalam fridge (bukan freezer yer)..esok tgh hari bgn, senang skit terus masuk kuali aje..

err..gamaknya basi tak nasik dlm rice cooker tu? beras sekarang ni kdg cepat basi..rasa mcm patut dijamah jugak walau sepiring nasik, waima dgn kicap sebagai lauk..jadi kalo basi esok tak de la terkilan sgt..

kdg2 kita patut jugak belajar jadi susah, insaf sikit bila tgk org dalam TV3 bersamamu yg mkn nasik dgn garam..(hehe..tapi ni bukan kes susah, tapi kes dah mengantuk tapi lapar..huhu!)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Dah Pegi Empire Shopping Gallery?



Sapa dah pegi Empire ni? MamaSeni pegi Ahad lepas..sebab teringin nak tgk toys r us yg dah pindah dari subang parade tu..seperti biasa, walaupon dah tau sure tempat tu tak best, tapi mama bukak minda tgk kalo ada apa2 yg menarik..tapi rasanya mcm tak de..huhu..

kedai2 pon mcm tak best..nak kata posh sgt pon tak jugak, tapi ntah la..kita bagi la masa sampai ujung tahun ni tgk kalo ada apa lagi yg menarik kat Empire tu..kot ada JUSCO ke Parkson ke lojik jugak kan sambil2 merayau beli brg, tapi ni mcm lebih pada window shopping je..Jaya Grocer opening soon, tapi MamaSeni tak penah shopping kat Jaya Grocer so tak tau nak expect apa benda..rasa mcm Cold Storage la kot ye..tapi Cold Storage kat Subang Parade pon ada..

Maybe kalo nak pegi lagi ke Empire ni pon sebab ada Italiannies..tapi Sunway Pyramid
pon ada Italiannies..or sebab ada Chili's..tapi tgk billboard opening soon dia ada advertise keje kosong utk tukang masak, siap ckp experience not required..errr..dah tu kalo tak pandai masak sesia je customers bayar mahal2 tgk makanan yg dihidang mcm apa je rasa..eeiii...

Kesimpulannya, mungkin kalo tak de apa yg menambat hati, MamaSeni tak pegi lagi la ke Empire..melainkan berhajat sgt nak beli mainan baru utk anak, dan malas nak pegi Toys R Us kat OU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Japanese Cotton?

Err,tahun ni raya berapa hari bulan yer? jap check kalendar..ooohh..10 n 11 september..jadi bulan puasa jatuh august la kan..sapa nak tempah baju raya, takmo beli yg ready made, kena la tempah by july..sekarang dah may, so buleh la usha kain mana nak beli..

MamaSeni tahun lepas beli kain dari seller online..nampak mcm cantik je dia letak kat patung, agak2 kaler n design sesuai, belasah je beli..ntah ke jarang ke, keras ke kainnya, aku tak peduli..mmg percubaan berani mati..nasib la tak de la sampai tak terpakai..awal2 kalo kena lining mmg MamaSeni tak beli..eii tak kuasa la aku nak pakai baju fragile2 camtu..upah pon sah2 la double..nak pakai pagi raya tu je pon..pastu ntah bila tahun, tunggu ada kenduri ke org meninggal ke baru la nak pakai baju kurung..

tapi tahun ni hati ni mcm terpanggil plak nak pakai baju kurung kain cotton..ko jgn tak tau jah, byk jenis cotton sekarang, viscose cotton la, swiss cotton la..pakistan cotton pon ada..time sekolah2 dulu ada gak pakai baju kurung cotton ni..nak2 time prep malam kan, takkan la nak pakai baju sekolah plak kan..org kampung panggil baju kain cit..mana dtg term tu pon tak tau la..ke dorang tertukar sebutan kain "cheap" tu jadi cit..ntah la labu..

Ni ada directory penjual cotton ni - Cotton House..amik ko punya la byk seller online sekarang..tak payah lagi dah nak berlengas ketiak, dukung anak pi cari kain nak buat baju raya kat jalan TAR tu..silap hari bulan, dah berpanas tu hilang semangat nak beli apa..nampak semua berpinau dah bijik mata..



yang ni seller PrettyButik, Kain Cotton Jepun Length:3.5m/Width:60" Harga:RM65.00..I like la sebab dah sarung ke patung, buleh la bayangkan camner rupa bila tersarung kat badan I yg agak2 slim jugak seperti patung tu..(serius tak tipu..haha!)

Tapi tu la kaler tema utk raya tahun ni tak pikir lagi..bila tanya Hubby, jawab dia..ikut you la, you pikir la..kalo camtu, tak yah la pakai baju, kita semua pakai birthday suit je pagi raya esok..huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hari Buruh!

Hari ni kan Labor Day, hubby dgn gigihnya konon nak gi kedai pasang DVD dlm keta..tup2 tgk semua kedai tutup..haa..nampak sgt dia nak ckp jgn pasang lagi DVD tu..sebab anak kita sure takkan dok diam walaupon ada Mickey Mouse menari2 sekali pon..hehe..

pastu jiran sebelah buat birthday party, ada jugak doa selamat n tahlil kul 2, tapi alamat la Mama nak pegi, bukan buleh nak berdoa kang aku plak terpekik2 kejar anak masa org lain nak beramal ibadat..

so kami pon pegi time birthday party aje la kul 4 lebih tu..walaupon kad jemputan kata kul 4, tapi almaklum la org Melayu ni, kata kul 4, kul 5 baru nak mula aturcara..ada one time kami pegi pool party utk birthday gak, patut start kul 3, pegi2 tgk apsal pool tu kosong je..kusi meja apa pon tak de..kenapa la camtu ek..kalo dah kul 4 tu, kul 4 la kan, kalo kul 3, kenapa kena jadi kul 4, 4 lebih, ada jugak melarat sampai kul 5..

tak sangka ramai jugak mutual friends yg kami ada, actually malu nak pegi awal2 tu sebab takut tak de sapa yg dikenali..alih2 la member opis ada, member sekolah ada, member U pon ada..kecik jugak dunia ni kan, pusing2 ke situ jugak..

Esok ada plan nak pegi IKEA, I kan tak suka shopping hari Sabtu, apa la Selangor ni buat2 tak nak bagi plastik plak, tapi kalo JUSCO semua tu siap jual plastik 20sen..apakahh..menambah untung plak kat situ dgn jualan plastik, padahal consumers ni dah belanja byk dah beli groceries n whatnot..lagi pon kalo plastik jusco tu kan jenis yg recycleable..eh biodegradable..kdg tu tak sempat sampai ke dapor dah koyak plastiknya..dah nak sgt menjaga alam apa kata buat jenis paper bag mcm yg negara2 maju (US,Japan) guna tu..


err..melalut sungguh cerita hari ni..dari hari buruh ke dvd player, ke birthday party, ke time management, sampai la ke hari no plastic bag..apakahhh?

Well, Selamat Hari Buruh la kepada buruh2 semua..I bukan buruh, I surirumah..heh! Housewife/Homemaker day tak de pon kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments