Hujung Julai 2011

Mak aii..dekat sebulan baru update blog..ish ish malasnya dia..haha..

Kena buat jadual ni, sekurangnya 3 kali seminggu utk menulis dlm bahasa melayu..bukan suh buat karangan pon kan..tapi ye la kadang2 byk sgt benda nak di kejar dalam sehari, bila dah duduk2 depan laptop, tak de mood n benda plak nak ditaipkan..(err..padahal boleh je membebel..)

Actually MamaSeni nak share sesuatu yang menarik yg Mama tgh tgk kat channel Awani, cerita pasal Stockholm di Sweden yg di vote sbg bandar paling inovatif di dunia.



Apa yang menarik negara Sweden ni asal nya dulu sebuah negara pertanian yg miskin, rakyatnya sekarang ada 9 juta org aje..tapi 50% dari rakyatnya berpendidikan tinggi, maknanya masuk U la..pendidikan pulak percuma, dari sekolah sampai la ke peringkat Universiti, pendek kata kalau nak belajar sampai tua pon tak pe, sebab tak payah nak pikir nak bayar loan PTPTN macam mana kalau tak keje..hehe..

yg bestnya di Sweden kebanyakan rumah mmg ada Internet, high speed broadband lagi, rakyatnya even dari tadika lagi dah diberi pendedahan kepada ICT..hebat kan..lepas ni MamaSeni nak kaji lagi mcm mana kerajaan dorang boleh mampu bagi pendidikan percuma camtu..ye la dari punca pendapatan negara yg mana yg boleh bayar semua tuition fees, buku2, sediakan facilities, bayar gaji pensyarah, elaun researchers semua..

Nanti bila dah ada bahannya, MamaSeni akan share kat blog ni lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments