Goreng Kacang Buncis

Hari ni MamaSeni buat goreng kacang buncis, tak de sapa dlm umah ni yg suka kacang buncis ni..mama sorang aje yg suka..tapi belasah je la kan..dah tekak teringin nak mkn kacang buncis goreng..

Gambar tak amik pulak..nanti second time masak, akan ku snap gamba gorengan itu..ada lagi tu ha separuh kacang buncis dlm fridge..maklum la beli satu pek kat Jusco tu, nak goreng semua tak terlarat plak nak mkn..

btw, ibu2 sekalian, korang penah tak terfikir apa la khasiat segala sayur or masakan yg korang masak dan hidang ke anak2 dan suami..ye la..adakah kerana nak cukupkan korum masakan or korang masak masakan tu sebab dia ada protin, vitamin, garam galian..ala bebenda dlm piramid makanan tu la..

meh sini MamaSeni nak share pasal kacang buncis ni, nama omputih dia French Beans, nama saintifik Phaseolus vulgaris..asal usul kacang buncis ni dari Amerika Tengah dan Selatan.

Mengikut kajian dari pacik Google, dikatakan kacang buncis ni kaya dgn protein dan vitamin. Yang menarik tu, sayur kacang buncis ni boleh membantu mengawal tekanan darah dan menurunkan metabolisme gula dalam darah.

Sesuai la jadikan hidangan org sakit kencing manis dan darah tinggi. Pastu ada plak kajian yg kata enzim dan serat dalam kacang buncis ni boleh menurunkan berat badan.

Err..dah tu kalo dah kurus kering tak sesuai la mkn kacang buncis ni..ke cemana ek?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment