Filem : Julie & Julia



Tukar-tukar channel Astro, tiba2 ada HBO HD cerita Julie & Julia..wahh..hari tu dpt tgk 10 minit pertama je sebelum keadaan menjadi tak condusive, terus terbantut mood nak menonton..jadi malam ni tak peduli..akan ku tengok jua cerita ni..

Ada jugak terbaca yg Julia Child ni legendary cook, pastu ada jugak ter tgk di TV tentang movie ni..tapi yg Julie Powell tu sapa pulak..

Amy Adams yg berlakon sebagai Julie tu mmg ok sgt lakonan nya..walaupon org sebenar si Julie Powell dan buku tulisan nya lepas dia berjaya menarik perhatian ramai dari blog dikatakan tak seindah mana..belasah aje la kan..yg penting dia ada jugak tulis buku, ko ada? keh keh..dpt buat movie lagi based on the blog and her book..

Apa-apa pon pengajaran dari filem ni, tak semua yg kita usahakan akan terus berjaya, ada masa mmg akan ada halangan dan cabaran, walaupon kita dah buat sehabis baik..tapi jika rezeki itu memang milik kita (walau pon dia dtg lambat dari yg kita harapkan) dan kesungguhan, minat tu mendalam..apa yg kita impikan mmg boleh jadi kenyataan..

Tiba-tiba terbayang bruchetta dalam filem..aduhhh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kek Paun

Punya la lama nak buat kek paun ni..tercapai jugak hajat..

Ada sapa tertanya-tanya, kenapa nama dia kek paun? MamaSeni pon tak tau asal usul, bila di baca rupanya dulu2 dorang guna sukatan paun, kiranya utk buat kek tu, setiap satu bahan utama, mcm butter, gula dan tepung, masing-masing serba 1 paun sukatannya..

tapi utk malam ni, mama tak de la guna 1 paun, nak buat kek kecik je..mengikut sukatan dari blog Cik Mat Gebu, dia guna butter 120g..and dia guna condensed milk sebagai tambahan pada gula..jadi gula nya tak la pakai sampai 120g..

japgi mamaseni tempek gamba kek..

Updated: Gamba kek fresh from the oven..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kalau Dapat Komen Sentap..

Lama tak singgah baca blog sorang kenalan lama..tiba2 dia bercerita yg dia nak berenti menulis blog sebab tak suka org yg manipulate cerita ceriti yg di tulisnya, dan ada jugak yg tinggalkan komen sentap..

Wah kalau nak dikira dari tahun 2005, MamaSeni start blogging, mmg mcm2 yg menyampah dpt di jumpa..ada yg melenting bila kita kata tempat mkn dia tak sedap..layanan tak bagus..ada yg marah bila kita tak share resepi penuh, siap nak suruh timbang mcm la dia dtg belajar memasak secara profesional kat blog picisan kita ni..

Ada jugak yg masukkan dalil, siap bagi syarahan agama, nasihat moral dan sebagainya..yang membuatkan MamaSeni wonder, org2 ni kalau la bertemu muka, berani ke dorang nak ckp depan2 mcm tu..setakat tulis komen dgn nama samaran berani la kan..bila berdepan ntah2 buat muka manis..ye la Melayu kan kena berbudi bahasa..ptuiiihhh..menyampah..

Well, to all the bloggers out there yg rasa panas bontot or berdesing telinga baca komen2 sentap ni..korang delete kan aje la..sehari dua mungkin la terngiang2 apa yg org tu kata, tapi ntah2 org yg buat komen dajal tu tak rasa apa pon..kita yg menerima ni sampai tak tido malam terpikir2..well, tu belum jadi celebrity blogger dpt 12k sebulan tu kan...hahaha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Macaron oh macaron!

Lately rasanya mcm hype sgt hal macaron ni..kat mana2 je duk dgr org citer mkn macaron, beli macaron, tempah macaron..ada yg pegi kelas buat macaron..



Actually apa benda macaron ni..search internet dia ckp

sweet confectionery made with egg whites, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food coloring..

rupanya bila ku kaji2 lagi, mmg leceh nak buat macaron ni..cuba check kat web vivien ni - Dish With Vivien

4 kali dia buat pon tak berapa nak menjadi..patut la org jual sebijik kecik besar skit dari duit 50sen tu rega 2 inggit..

yg gamba kat atas, MamaSeni beli kat Whisk, Empire Gallery, Subang..rasanya kalo weekend mmg tak byk pilihan, dah habis semua borong..dpt beli pon kaler oren dgn purple je masa tu..beli 4 bijik, anak belasah mkn 3 bijik sorang dia..mama plak rasa cam tak suka je..manis...eeiiii..jadi la nak merasa apa kah itu macaron..

lepas ni kalo pegi KLCC nak try Harrods punya..ada kata yg Harrods London paling best..lama lagi la nak buleh sampai ke london tu..huhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tisu Dapur Premier vs Scott


Hari tu beli brg dapor, mcm biasa la yg kering yg basah, stok makanan dan kegunaan utk sekurang-kurangnya 2 minggu..tetiba rasa mcm nak test tisu dapor baru..selalu pakai cap Premier, tapi ntah tiba2 teringat plak iklan ke rancangan bersama Scott kat TV3..so amik la Scott..

balik umah mcm biasa la nak masak, nak lap meja mkn, baru la rasa apa beza Scott ni..tebal tu mmg la kan, sepadan harga dia..tapi liat tu yg tak tahan, kena koyak pakai 2 tangan, kira kalo kelam kabut tgk goreng2 kopok ke, anak kecoh2 ke..buleh terpelanting dulu tisu tu..

so hari ni beli balik la brand Premier..alah kalo nipis pon tak pe..maybe utk serap minyak, yg brand Scott tu lebih bagus, kira jimat la guna sekeping dua je, banding 3-4 keping kalo yg nipis mcm Premier ni..

begitu la cerita pasal kitchen towel..hahaha..itu pon nak citer kat blog ke..hahaha..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hikayat Merong Mahawangsa

Hari ni nak citer pasal Hikayat Merong Mahawangsa..tadi baca blog gosip artis..ramai yg kecoh mcm2 pasal pelakon utama dia yg tak tentu Islam ke tak..kawin pulak cara Kristian..pastu ada plak yg ngok ngek kata kenapa tak amik hero melayu..haha..kelakar betul la..ni mesti kes tak kaji Hikayat Merong Mahawangsa tu citer pasal apa..



utk yg rajin nak membaca, boleh la baca berkenaan buku sejarah tersebut di sini - Hikayat Merong Mahawangsa.

Ini ringkasan hikayat yg di ambil dari laman web sasterarakyat-kedah.com

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.


Tak sabar nak tunggu HMM ni masuk astro first, nak harap tgk kat panggung wayang mmg tak dpt la..tgk aje la kat astro..ulang2 48 jam, tgk tebuk2 pon tak pe..memula tgk intro, anak tido tgk tgh nya pulak, esok tgk ending..apa nak buat..huhu..

***Update

Hasil pembacaan mamaseni rupa-rupanya filem HMM ni tak di ambil jalan cerita 100% dari hikayat sebenar..berikut sinopsis di copy dari laman utusan

Filem HMM yang ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Apa? Hindraf Nak Buat Demo?

Alaaaa...ni tak best dgr ni..

pada tuan puan yg belum mengetahui, kat kompleks kraf sekarang ada pameran kraf kebangsaan..sampai 7 mac ni..

memandangkan tudung saji yg dibeli 7-8 tahun lepas dah byk berlubang, tak masuk kena pijak2 dgn anak..maka mamaseni pon plan nak pegi la rembat satu tudung saji anyaman..ye mmg ada jual di supermarket tudung saji plastik yg berlubang tu..tapi mamaseni yg berjiwa tradisional ni tetap memilih kraf asli..tak kira la anyaman rotan, lidi atau daun mengkuang..

tiba2 kat FB kecoh kata hindraf nak buat demonstrasi hari ahad kat area klcc..wth? adakah jalan akan jammed..adakah ramai polis dan FRU akan menjaga andainya ada org merusuh..sebab kompleks kraf tu kat jalan conlay, jalan2 area situ eaton, stonor semua tu ada jugak sipi2 ke hala KLCC..waaa..

nampak gaya terpaksa la ku tangguhkan hajat mencari tudung saji anyaman ke hari sabtu depan..macik menjual tudung saji jgn la tutup booth awal yer..simpan satu tudung saji yg molek2 utk saya beli..pleasseeee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments