November Rain..

Serius kan sekarang asal petang je sure hujan..memula tgk cam bersinar je matahari..dlm hati buleh la bawak anak main kat playground..

alih2 tetiba awan hitam dah berarak..bangggg..hujan turun dgn lebatnya..huhu..

Apa-apa pon mintak la hujan yg turun tu hujan rahmat..jgn sampai banjir berbulan mcm kat Bangkok sudah la..

Tak lama lagi budak2 pon dah cuti sekolah..ala sure ramai manusia di jalanan, di hypermarket, di shopping complex..kalo nak pegi vacation ke jalan2 ke sure ramai nya umat..huhu..

So apa plan ibu bapak yg anak cuti sekolah?

Ada aktiviti apa yg diatur utk buat anak2 kurang bosan kat rumah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hello October!

Ceh..lagi berapa hari nak habis bulan Oktober baru la nak ckp hello..hahaha..

Eh I sibuk tau bulan 10 ni..mcm2 projek berjalan, ada photo shoot, ada kena siapkan tempahan client, ada book sale, pendek kata ada aje la aktiviti sepanjang minggu dan weekend..

Ni masuk November terasa baru la dpt bernafas lega skit, tak de dateline nak kejar, tapi bila rilek mula la risau kalau2 tak de income masuk..huhu..tapi MamaSeni percaya rezeki tu di tangan Allah, kdg2 kalau tuhan nak bagi, yg kita rasa impossible pon boleh jadi possible..

yang penting kita tak boleh malas berusaha...ye la org kata ulat dalam batu pon boleh makan, tapi kita tau ke ulat tu dok senyap aje ke or dia korek2 tanah bawah batu tu utk cari makan..

apa2 pon selamat meneruskan perjuangan harian..ada masa mmg kita rasa down n rasa letih habis, tapi kuatkan semangat..hidup di dunia ni pendek aje..harap kita dah cuba buat yg terbaik sebelum Tuhan jemput kita kembali :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

OrphanCare, Nak Volunteer?

baca blog Yuitsumuni tadi jumpa link pasal baby hatch ni..

http://www.orphancare.org.my

yer yer, dari dibuang anak tak berdosa ke longkang dan sungai, sila la letak kat baby hatch, currently ada 600 ibu bapa yg waiting for their turn utk interview nak amik anak2 berkenaan..sapa kata semua rasa anak luar nikah itu hina..ramai bakal ibu bapa yg ckp dorang apply bertahun2 dah utk amik anak angkat, tak kira la apa status sekali pon..

jadi pada yg tau sesiapa yg terlanjur dan tak mampu nak jaga anak tu, khabar2 kan la pada ibu atau lelaki berkenaan ttg baby hatch ni..

kalau la masa mengizinkan rasa nak sgt jadi volunteer kat OrphanCare ni..I like handling babies..they are wonderful, such a bundle of joy.. setakat uruskan 2-3 jam sekali pegi, I no hal..apa2 kena dahulukan tanggungjawab di rumah dulu..my son pon masih perlu perhatian dari mama nya yg selalu busy ni..hehe :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Salam Ramadhan



Sedar tak sedar tinggal lagi lebih kurang seminggu Ramadhan akan meninggalkan kita..tadi tgk Tanyalah Ustaz di TV9, ada sorang bertanya kepada Ustaz, apa indicator yg amalan kita di bulan Ramadhan ni diterima Allah..

jawapan Ustaz sgt la mudah, kalau sebelum Ramadhan kita seorang yang pemarah, bila berakhirnya Ramadhan kita dah jadi lebih bersabar dan tak marah2, tu la maknanya kita dah menjadi org yg lebih baik, kalau sebelum Ramadhan kita seorang yang kedekut, tapi bila lepas Ramadhan kita suka bersedekah, Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni telah berjaya mengubah kita..

so bagaimanakah anda Ramadhan tahun ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hujung Julai 2011

Mak aii..dekat sebulan baru update blog..ish ish malasnya dia..haha..

Kena buat jadual ni, sekurangnya 3 kali seminggu utk menulis dlm bahasa melayu..bukan suh buat karangan pon kan..tapi ye la kadang2 byk sgt benda nak di kejar dalam sehari, bila dah duduk2 depan laptop, tak de mood n benda plak nak ditaipkan..(err..padahal boleh je membebel..)

Actually MamaSeni nak share sesuatu yang menarik yg Mama tgh tgk kat channel Awani, cerita pasal Stockholm di Sweden yg di vote sbg bandar paling inovatif di dunia.



Apa yang menarik negara Sweden ni asal nya dulu sebuah negara pertanian yg miskin, rakyatnya sekarang ada 9 juta org aje..tapi 50% dari rakyatnya berpendidikan tinggi, maknanya masuk U la..pendidikan pulak percuma, dari sekolah sampai la ke peringkat Universiti, pendek kata kalau nak belajar sampai tua pon tak pe, sebab tak payah nak pikir nak bayar loan PTPTN macam mana kalau tak keje..hehe..

yg bestnya di Sweden kebanyakan rumah mmg ada Internet, high speed broadband lagi, rakyatnya even dari tadika lagi dah diberi pendedahan kepada ICT..hebat kan..lepas ni MamaSeni nak kaji lagi mcm mana kerajaan dorang boleh mampu bagi pendidikan percuma camtu..ye la dari punca pendapatan negara yg mana yg boleh bayar semua tuition fees, buku2, sediakan facilities, bayar gaji pensyarah, elaun researchers semua..

Nanti bila dah ada bahannya, MamaSeni akan share kat blog ni lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hujung June 2011

Cepat sungguh masa berlalu sekarang, pejam celik tak buat apa sgt selain rutin harian, tetiba dah hujung bulan dah..eh org yg keje sure suka..sebab nak gaji kan..haha..

Utk org2 macam mamaseni yg keje sendiri, hujung bulan ke awal ke sama aje, kalo tak usaha gigih, belum tentu hujung bulan ada income dlm poket..kalau usaha dan tuhan nak bagi rezeki, tgh2 bulan yg org semua dah sesak2 nafas tu pon alhamdulillah ada rezeki..tak byk, sikit pon ada..org kata rezeki kalau berkat, sikit pon cukup..

Cuma bila sikit kena buat cara sikit, tak leh la nak compare dgn jiran yg ada 2-3 bijik keta besar, bersyukur la yg kita ada jugak kereta, tak payah nak menapak, nak tunggu bas tgh panas..hari tu dalam perjalanan nak keluar dalam kereta, ternampak seorang ibu berbangsa Indonesia, tunggu tepi jalan dgn anak dalam 4-5 tahun, hati rasa mcm nak tumpangkan sampai ke depan, tempat bas berenti, tapi hubby ckp dia risau zaman sekarang ni, takut la pencuri ke psiko kelar2 org ke..ye la bukan buleh kira dia ibu ke, nenek ke..zaman semua manusia ramai dah jadi jahat ni..kita yg berniat baik pon kena simpan prasangka..

mamaseni rasa sedih yg kita hidup di zaman sekarang, dah tak dpt nak buat byk kebaikan, lebih2 lagi hidup di bandar besar, tak mcm dulu kalau di kampung, boleh tumpangkan sesapa di tepi jalan, kebanyakan org yg nak ditolong dan ingin menolong mmg berhati mulia, bertegur sapa, ramah mesra..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Blogger menggila..

Dah tau dah, kalo bebenda tak kena bayar ni, nak komplen pon tak kena..tapi tu la bengang jugak bila ada hajat nak update blog, tetiba dia menggila plak..buleh dia kata blog ku ini hilang..huhu..

Nasib baik ada byk lagi blog2 berbayar domain yg perlu ku update..tapi tak best jugak sebab blog tu semua prim n proper, tak boleh merapu mcm kat blog ni..haha..

Eh eh..tak sangka kan dah bulan 6, setengah tahun 2011 telah berlalu..so apa pencapaian setakat ni? kalau yg beranak awal tahun, maybe anak pon dah buleh duduk kot..dah start makan pejal, dah 6 bulan la katakan..

Lepas ni bulan Ramadhan pulak, ada sapa macik akak yg tak reti jahit baju raya, sila2 la beli kain, cari tailor mana yg sudi terima tempahan lagi..eh jgn main2 ada yg sejak bulan 5 hari tu dah tutup tempahan tau..begitu la menggalakkan kerjaya sebagai tukang jahit ni..

Err..rasanya pola jahit baju kurung pahang dgn kain murahan yg MamaSeni beli 3-4 tahun lepas ada lagi ke aa..saja nak test ada bakat ke tak nak buat baju kurung sendiri..haha..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments