Mamaseni Sudah Berpindah

Akhirnya CF utk rumah baru dah dpt..hahaha..domain berjaya dibeli dari pemilik lama..jadi mama pon berpindah..

jom ke rumah kami yang baru

MamaSeni.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Stock Photo Free

Check email baru perasan ada sign up separuh jalan utk stock photo free..lama dah rasanya tak guna gamba2 utk menghias blog ni..time muda2 dulu rajin la mencari bahan..tiap2 post nak letak image kalo boleh..sekarang ni dpt menaip pon sudah bagus..

Well, utk yg baru menceburi bidang blogging ni, stock photo free ni maknanya selain kita tak payah bayar kepada company atau org yg upload gamba asal tu, kita juga tak payah nak bayar royalty atau risau yg kita dah mencabuli copyright pemilik asal imej berkenaan..

Kiranya tak de sapa la nak saman or nak bising kata ko curi gamba dia letak kat blog or website..ingat senang ke nak shoot, pastu edit satu2 gamba tu sampai jadi cantik, artistik seperti gamba epal di curah air kat sebelah ni..

utk mengelakkan tindakan undang-undang boleh diambil kepada anda sebagai pemilik blog/website yg menggunakan imej yg bukan hak anda, sila la cari free stock photo sebagai bahan yer..

Sekian khidmat masyarakat dari saya :))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

April 2012, Bersihkah Anda?

Punya la lama tak update blog..bukan blog ni je yg "rajin" sgt nak update, yg lain2 pon sama..kdg2 tak tau nak tulis apa walaupon ada mcm2 benda yg terjadi dan boleh diulas..malas kdg tu nak bertekak atau nak melayan komen yg butt hurt ni..hahaha..

Weekend ni ada yg cuti panjang kan? kalau ambik sehari tambah on Monday, rasanya 4 hari la cuti sebab Hari Buruh 1st may tu hari Selasa..

oh yer..sabtu esok katanya ada ramai jugak nak pegi menyokong Bersih..nampak gaya tak sampai la hajat nak turun KL beli brg kraf n cari baju raya sebab area2 situ mesti la ramai org berkumpul..terpaksa la ditunda plan asal utk bershopping ke minggu2 akan datang..

nasib baik kain baju raya utk diri sendiri dah beli online, so esok Sabtu nak pegi hantar ke tailor la..terima lagi patutnya tempahan sbb baru hujung April..

so anda bagaimana? ada dah habis ganti puasa tahun lepas? hehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Benarkah Amalina?

Ada member tweet pasal Amalina ni..ye la kan time SPM 2004 dulu dia kan pelajar terbaik negara dpt 17A1..dpt scholar ke UK buat medic..

alih2 kecoh plak pasal gamba sexy dia kat FB..tapi account FB dia pon dah delete or private tak de la plak Mama nak check..tapi kesimpulannya gamba2 dia ni dah tersebar la..tak tau la kalo bukan empunya diri..

Bukan senang hidup jadi mak bapak dunia sekarang..kadang-kadang masa anak kecik di rumah kita didik sehabis baik, kita suruh tutup aurat, kita ajar agama, tapi bila dah berdikari semua nya terserah di tangan dia..nak jadi baik ke nak cuba benda2 yg dilarang ke..

harapan mama, kalau benarlah ini Amalina, mintak ibu bapanya byk berdoa, mintak Tuhan lembutkan hatinya..kembali ke ajaran Islam..tak salah kalau kata jodohnya bukan dgn org Melayu, nak kawin bangsa apa pon tak pe..janji Iman di dada kuat..

tentang pelajarannya tak tau la pulak mcm mana..adakah dia dah flunk and scholarship di tarik balik..or dia still study dgn elok kat sana..jgn social pon rosak, pelajaran pon lingkup sudah la..in the end apa nak jadi kan..

Semoga kita yg dah jadi ibu bapa ni amik pengajaran dan banyakkan la berdoa agar anak cucu kita tak diuji sebegini..kalau sempat nak bertaubat sebelum ajal di jemput alhamdulillah..tapi takut kalau tiba2 tgk syok2 clubbing mati plak di tengah jalan, accident ke apa ke..nauzubillah la kan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Selamat Datang 2012!

Wah..punya la berkurun tak update blog ni sampai dah masuk tahun baru kan?

Yang mak-mak yg mana anak nak masuk sekolah darjah satu mesti dub dab hati masing-masing, 4hb kan anak2 bukak sekolah..tapi ada yg dah lalui orientasi..MamaSeni rileks lagi..belum masa lagi kot nak bersiap sedia hal sekolah tu..anakku masuk tadika pon belum..hehe..

Yang mana malas keja mesti tunggu2 Cuti Chinese New Year..haha..sabar ye 2-3 minggu lagi cuti la lagi..ni pon kan dah 2 minggu berturut-turut korang long weekend..

Jadi tahun baru ni apa azam anda? Yang azam tahun 2011 berapa percent dah tercapai?

Azam MamaSeni tahun 2012 ni utk cuba tgk citer Melayu, baca novel Melayu dan layan lawak Melayu tanpa merasa diri bodoh dan buang masa (boleh ke??)...ahahahaha..rasa nak gelakkan diri golek2..azam ku yg sebenar-benarnya adalah utk tak cari pasal dgn sesiapa dan cuba take things lightly..tak mo la stress sgt tahun ni..uban dah penuh atas kepala ni..silap hari bulan by the time anak masuk darjah satu kena inai rambut cover rambut putih tu..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

November Rain..

Serius kan sekarang asal petang je sure hujan..memula tgk cam bersinar je matahari..dlm hati buleh la bawak anak main kat playground..

alih2 tetiba awan hitam dah berarak..bangggg..hujan turun dgn lebatnya..huhu..

Apa-apa pon mintak la hujan yg turun tu hujan rahmat..jgn sampai banjir berbulan mcm kat Bangkok sudah la..

Tak lama lagi budak2 pon dah cuti sekolah..ala sure ramai manusia di jalanan, di hypermarket, di shopping complex..kalo nak pegi vacation ke jalan2 ke sure ramai nya umat..huhu..

So apa plan ibu bapak yg anak cuti sekolah?

Ada aktiviti apa yg diatur utk buat anak2 kurang bosan kat rumah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hello October!

Ceh..lagi berapa hari nak habis bulan Oktober baru la nak ckp hello..hahaha..

Eh I sibuk tau bulan 10 ni..mcm2 projek berjalan, ada photo shoot, ada kena siapkan tempahan client, ada book sale, pendek kata ada aje la aktiviti sepanjang minggu dan weekend..

Ni masuk November terasa baru la dpt bernafas lega skit, tak de dateline nak kejar, tapi bila rilek mula la risau kalau2 tak de income masuk..huhu..tapi MamaSeni percaya rezeki tu di tangan Allah, kdg2 kalau tuhan nak bagi, yg kita rasa impossible pon boleh jadi possible..

yang penting kita tak boleh malas berusaha...ye la org kata ulat dalam batu pon boleh makan, tapi kita tau ke ulat tu dok senyap aje ke or dia korek2 tanah bawah batu tu utk cari makan..

apa2 pon selamat meneruskan perjuangan harian..ada masa mmg kita rasa down n rasa letih habis, tapi kuatkan semangat..hidup di dunia ni pendek aje..harap kita dah cuba buat yg terbaik sebelum Tuhan jemput kita kembali :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

OrphanCare, Nak Volunteer?

baca blog Yuitsumuni tadi jumpa link pasal baby hatch ni..

http://www.orphancare.org.my

yer yer, dari dibuang anak tak berdosa ke longkang dan sungai, sila la letak kat baby hatch, currently ada 600 ibu bapa yg waiting for their turn utk interview nak amik anak2 berkenaan..sapa kata semua rasa anak luar nikah itu hina..ramai bakal ibu bapa yg ckp dorang apply bertahun2 dah utk amik anak angkat, tak kira la apa status sekali pon..

jadi pada yg tau sesiapa yg terlanjur dan tak mampu nak jaga anak tu, khabar2 kan la pada ibu atau lelaki berkenaan ttg baby hatch ni..

kalau la masa mengizinkan rasa nak sgt jadi volunteer kat OrphanCare ni..I like handling babies..they are wonderful, such a bundle of joy.. setakat uruskan 2-3 jam sekali pegi, I no hal..apa2 kena dahulukan tanggungjawab di rumah dulu..my son pon masih perlu perhatian dari mama nya yg selalu busy ni..hehe :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Salam Ramadhan



Sedar tak sedar tinggal lagi lebih kurang seminggu Ramadhan akan meninggalkan kita..tadi tgk Tanyalah Ustaz di TV9, ada sorang bertanya kepada Ustaz, apa indicator yg amalan kita di bulan Ramadhan ni diterima Allah..

jawapan Ustaz sgt la mudah, kalau sebelum Ramadhan kita seorang yang pemarah, bila berakhirnya Ramadhan kita dah jadi lebih bersabar dan tak marah2, tu la maknanya kita dah menjadi org yg lebih baik, kalau sebelum Ramadhan kita seorang yang kedekut, tapi bila lepas Ramadhan kita suka bersedekah, Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni telah berjaya mengubah kita..

so bagaimanakah anda Ramadhan tahun ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hujung Julai 2011

Mak aii..dekat sebulan baru update blog..ish ish malasnya dia..haha..

Kena buat jadual ni, sekurangnya 3 kali seminggu utk menulis dlm bahasa melayu..bukan suh buat karangan pon kan..tapi ye la kadang2 byk sgt benda nak di kejar dalam sehari, bila dah duduk2 depan laptop, tak de mood n benda plak nak ditaipkan..(err..padahal boleh je membebel..)

Actually MamaSeni nak share sesuatu yang menarik yg Mama tgh tgk kat channel Awani, cerita pasal Stockholm di Sweden yg di vote sbg bandar paling inovatif di dunia.



Apa yang menarik negara Sweden ni asal nya dulu sebuah negara pertanian yg miskin, rakyatnya sekarang ada 9 juta org aje..tapi 50% dari rakyatnya berpendidikan tinggi, maknanya masuk U la..pendidikan pulak percuma, dari sekolah sampai la ke peringkat Universiti, pendek kata kalau nak belajar sampai tua pon tak pe, sebab tak payah nak pikir nak bayar loan PTPTN macam mana kalau tak keje..hehe..

yg bestnya di Sweden kebanyakan rumah mmg ada Internet, high speed broadband lagi, rakyatnya even dari tadika lagi dah diberi pendedahan kepada ICT..hebat kan..lepas ni MamaSeni nak kaji lagi mcm mana kerajaan dorang boleh mampu bagi pendidikan percuma camtu..ye la dari punca pendapatan negara yg mana yg boleh bayar semua tuition fees, buku2, sediakan facilities, bayar gaji pensyarah, elaun researchers semua..

Nanti bila dah ada bahannya, MamaSeni akan share kat blog ni lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hujung June 2011

Cepat sungguh masa berlalu sekarang, pejam celik tak buat apa sgt selain rutin harian, tetiba dah hujung bulan dah..eh org yg keje sure suka..sebab nak gaji kan..haha..

Utk org2 macam mamaseni yg keje sendiri, hujung bulan ke awal ke sama aje, kalo tak usaha gigih, belum tentu hujung bulan ada income dlm poket..kalau usaha dan tuhan nak bagi rezeki, tgh2 bulan yg org semua dah sesak2 nafas tu pon alhamdulillah ada rezeki..tak byk, sikit pon ada..org kata rezeki kalau berkat, sikit pon cukup..

Cuma bila sikit kena buat cara sikit, tak leh la nak compare dgn jiran yg ada 2-3 bijik keta besar, bersyukur la yg kita ada jugak kereta, tak payah nak menapak, nak tunggu bas tgh panas..hari tu dalam perjalanan nak keluar dalam kereta, ternampak seorang ibu berbangsa Indonesia, tunggu tepi jalan dgn anak dalam 4-5 tahun, hati rasa mcm nak tumpangkan sampai ke depan, tempat bas berenti, tapi hubby ckp dia risau zaman sekarang ni, takut la pencuri ke psiko kelar2 org ke..ye la bukan buleh kira dia ibu ke, nenek ke..zaman semua manusia ramai dah jadi jahat ni..kita yg berniat baik pon kena simpan prasangka..

mamaseni rasa sedih yg kita hidup di zaman sekarang, dah tak dpt nak buat byk kebaikan, lebih2 lagi hidup di bandar besar, tak mcm dulu kalau di kampung, boleh tumpangkan sesapa di tepi jalan, kebanyakan org yg nak ditolong dan ingin menolong mmg berhati mulia, bertegur sapa, ramah mesra..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Blogger menggila..

Dah tau dah, kalo bebenda tak kena bayar ni, nak komplen pon tak kena..tapi tu la bengang jugak bila ada hajat nak update blog, tetiba dia menggila plak..buleh dia kata blog ku ini hilang..huhu..

Nasib baik ada byk lagi blog2 berbayar domain yg perlu ku update..tapi tak best jugak sebab blog tu semua prim n proper, tak boleh merapu mcm kat blog ni..haha..

Eh eh..tak sangka kan dah bulan 6, setengah tahun 2011 telah berlalu..so apa pencapaian setakat ni? kalau yg beranak awal tahun, maybe anak pon dah buleh duduk kot..dah start makan pejal, dah 6 bulan la katakan..

Lepas ni bulan Ramadhan pulak, ada sapa macik akak yg tak reti jahit baju raya, sila2 la beli kain, cari tailor mana yg sudi terima tempahan lagi..eh jgn main2 ada yg sejak bulan 5 hari tu dah tutup tempahan tau..begitu la menggalakkan kerjaya sebagai tukang jahit ni..

Err..rasanya pola jahit baju kurung pahang dgn kain murahan yg MamaSeni beli 3-4 tahun lepas ada lagi ke aa..saja nak test ada bakat ke tak nak buat baju kurung sendiri..haha..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Cepatnya Masa Berlalu

Sedar tak sedar, dah tengah bulan Mei dah kan..

pejam celik nanti bulan 8 dah masuk Ramadhan, pastu raya..agaknya apa yg kita azamkan utk tahun 2011 ni dah separuh ke tercapai?

ye la kalau keje pon mesti ada KPI, mesti ada appraisal..nak mengukur setakat mana pencapaian..ni dah nak masuk June, jadi ada la appraisal tgh tahun..utk kita muhasabah diri..adakah kita dah berusaha lebih baik dari tahun-tahun yg lepas..

MamaSeni sejak ada anak ni, setiap tahun baru berazam utk mendidik diri jadi seorang ibu yang lebih baik dan matang, dari segi kepuasan diri sebagai seorang crafter, rasanya belum begitu membanggakan tahun ni..setakat bulan Mei ni ada la benda baru yg dipelajari berbanding tahun lepas tapi rasanya MamaSeni perlu lipat ganda kan lagi usaha dan cari lebih masa utk komited dgn sesuatu yg baru..

ada lagi 6 bulan lebih utk push diri jadi lebih baik dan lebih hebat..mmg masa akan tetap berlalu, samada kita buat sesuatu atau duduk-duduk saja..jadi pastikan setiap hari yg berlalu tu, ada something yg kita dah achieve..ruginya kalau umur bertambah, masa berlalu tapi kita tetap di takuk yg sama, baik sebagai ibu, atau sebagai insan di dunia ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sakit Ke Beranak?

Bagi yang tak pernah bersalin mesti tak dpt nak bayangkan mcm mana kan keadaannya..ada yg cuak, ada yg gerun pikir kan nak kena snip, ada jugak yg risau kalau2 tak dpt nak bersalin secara normal, nak kena bedah..selalunya yg risau sebab kos c-sect tu..

Tadi telah tertengok home movie Kimora Lee bersalinkan anak nya yg ke 3, kalau di tanya mamaseni sakit ke beranak tu, uihhh mmg la sakit..tapi kalau di tanya serik ke nak beranak lagi..mama akan jawab tak pon..

yg serik dan susah ialah nak bela dan besarkan anak tu.melainkan kalau korang semua serah kat bibik, or siang mlm antar ke nursery or antar balik kg bagi datuk nenek yg bela..mungkin tak rasa la kot susah membesarkan anak..

kan bagus kalau lahir2 je terus besar cepat mcm anak2 alien..sapa yg penah tgk movie alien tu korang paham la kot..

apa2 pon menyaksikan setiap kelahiran yg dinanti mmg sungguh menyentuh hati..kasihan anak2 yg lahir tapi tak diharapkan..mcm anak luar nikah, atau anak2 accident yg menjadi mangsa mak bapak yg main belasah je..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mari Print Gambar

Hari ni tiba2 rasa mcm nak belajar sesuatu yg baru pulak..

MamaSeni sejak akhir2 ni rajin buat scrapbook layout..jadi byk jugak la gamba2 digital yg selama ni diperam kena di print atas photo paper..ye la dah buat scrapbook kan, on real paper bukan yg digital, jadi gamba pon kena la ada yg printed..

hari ni bercadang nak buat layout pasal bunga di taman, kebetulan bunga tu nak di crop elok2 kat kawasan bunga nya aje..takmo background lain daun2 ranting2 semua takmo..jadi terfikir mesti ada cara yg lebih baik nak pastikan hasil print out sah2 size 4 x 6

godek2 youtube jumpa la video ni



harapnya org lain yg bercadang nak print out gamba sendiri di rumah dgn photo printer, boleh la belajar sesuatu yg bermanfaat dari video di atas..err, tapi kalo tak de software photoshop, tak dpt la nak tulun, kena guna apa2 software yg dtg dgn printer dibeli tu la jawabnya..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Filem : Julie & Julia



Tukar-tukar channel Astro, tiba2 ada HBO HD cerita Julie & Julia..wahh..hari tu dpt tgk 10 minit pertama je sebelum keadaan menjadi tak condusive, terus terbantut mood nak menonton..jadi malam ni tak peduli..akan ku tengok jua cerita ni..

Ada jugak terbaca yg Julia Child ni legendary cook, pastu ada jugak ter tgk di TV tentang movie ni..tapi yg Julie Powell tu sapa pulak..

Amy Adams yg berlakon sebagai Julie tu mmg ok sgt lakonan nya..walaupon org sebenar si Julie Powell dan buku tulisan nya lepas dia berjaya menarik perhatian ramai dari blog dikatakan tak seindah mana..belasah aje la kan..yg penting dia ada jugak tulis buku, ko ada? keh keh..dpt buat movie lagi based on the blog and her book..

Apa-apa pon pengajaran dari filem ni, tak semua yg kita usahakan akan terus berjaya, ada masa mmg akan ada halangan dan cabaran, walaupon kita dah buat sehabis baik..tapi jika rezeki itu memang milik kita (walau pon dia dtg lambat dari yg kita harapkan) dan kesungguhan, minat tu mendalam..apa yg kita impikan mmg boleh jadi kenyataan..

Tiba-tiba terbayang bruchetta dalam filem..aduhhh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kek Paun

Punya la lama nak buat kek paun ni..tercapai jugak hajat..

Ada sapa tertanya-tanya, kenapa nama dia kek paun? MamaSeni pon tak tau asal usul, bila di baca rupanya dulu2 dorang guna sukatan paun, kiranya utk buat kek tu, setiap satu bahan utama, mcm butter, gula dan tepung, masing-masing serba 1 paun sukatannya..

tapi utk malam ni, mama tak de la guna 1 paun, nak buat kek kecik je..mengikut sukatan dari blog Cik Mat Gebu, dia guna butter 120g..and dia guna condensed milk sebagai tambahan pada gula..jadi gula nya tak la pakai sampai 120g..

japgi mamaseni tempek gamba kek..

Updated: Gamba kek fresh from the oven..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kalau Dapat Komen Sentap..

Lama tak singgah baca blog sorang kenalan lama..tiba2 dia bercerita yg dia nak berenti menulis blog sebab tak suka org yg manipulate cerita ceriti yg di tulisnya, dan ada jugak yg tinggalkan komen sentap..

Wah kalau nak dikira dari tahun 2005, MamaSeni start blogging, mmg mcm2 yg menyampah dpt di jumpa..ada yg melenting bila kita kata tempat mkn dia tak sedap..layanan tak bagus..ada yg marah bila kita tak share resepi penuh, siap nak suruh timbang mcm la dia dtg belajar memasak secara profesional kat blog picisan kita ni..

Ada jugak yg masukkan dalil, siap bagi syarahan agama, nasihat moral dan sebagainya..yang membuatkan MamaSeni wonder, org2 ni kalau la bertemu muka, berani ke dorang nak ckp depan2 mcm tu..setakat tulis komen dgn nama samaran berani la kan..bila berdepan ntah2 buat muka manis..ye la Melayu kan kena berbudi bahasa..ptuiiihhh..menyampah..

Well, to all the bloggers out there yg rasa panas bontot or berdesing telinga baca komen2 sentap ni..korang delete kan aje la..sehari dua mungkin la terngiang2 apa yg org tu kata, tapi ntah2 org yg buat komen dajal tu tak rasa apa pon..kita yg menerima ni sampai tak tido malam terpikir2..well, tu belum jadi celebrity blogger dpt 12k sebulan tu kan...hahaha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Macaron oh macaron!

Lately rasanya mcm hype sgt hal macaron ni..kat mana2 je duk dgr org citer mkn macaron, beli macaron, tempah macaron..ada yg pegi kelas buat macaron..



Actually apa benda macaron ni..search internet dia ckp

sweet confectionery made with egg whites, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food coloring..

rupanya bila ku kaji2 lagi, mmg leceh nak buat macaron ni..cuba check kat web vivien ni - Dish With Vivien

4 kali dia buat pon tak berapa nak menjadi..patut la org jual sebijik kecik besar skit dari duit 50sen tu rega 2 inggit..

yg gamba kat atas, MamaSeni beli kat Whisk, Empire Gallery, Subang..rasanya kalo weekend mmg tak byk pilihan, dah habis semua borong..dpt beli pon kaler oren dgn purple je masa tu..beli 4 bijik, anak belasah mkn 3 bijik sorang dia..mama plak rasa cam tak suka je..manis...eeiiii..jadi la nak merasa apa kah itu macaron..

lepas ni kalo pegi KLCC nak try Harrods punya..ada kata yg Harrods London paling best..lama lagi la nak buleh sampai ke london tu..huhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tisu Dapur Premier vs Scott


Hari tu beli brg dapor, mcm biasa la yg kering yg basah, stok makanan dan kegunaan utk sekurang-kurangnya 2 minggu..tetiba rasa mcm nak test tisu dapor baru..selalu pakai cap Premier, tapi ntah tiba2 teringat plak iklan ke rancangan bersama Scott kat TV3..so amik la Scott..

balik umah mcm biasa la nak masak, nak lap meja mkn, baru la rasa apa beza Scott ni..tebal tu mmg la kan, sepadan harga dia..tapi liat tu yg tak tahan, kena koyak pakai 2 tangan, kira kalo kelam kabut tgk goreng2 kopok ke, anak kecoh2 ke..buleh terpelanting dulu tisu tu..

so hari ni beli balik la brand Premier..alah kalo nipis pon tak pe..maybe utk serap minyak, yg brand Scott tu lebih bagus, kira jimat la guna sekeping dua je, banding 3-4 keping kalo yg nipis mcm Premier ni..

begitu la cerita pasal kitchen towel..hahaha..itu pon nak citer kat blog ke..hahaha..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments