Hikayat Merong Mahawangsa

Hari ni nak citer pasal Hikayat Merong Mahawangsa..tadi baca blog gosip artis..ramai yg kecoh mcm2 pasal pelakon utama dia yg tak tentu Islam ke tak..kawin pulak cara Kristian..pastu ada plak yg ngok ngek kata kenapa tak amik hero melayu..haha..kelakar betul la..ni mesti kes tak kaji Hikayat Merong Mahawangsa tu citer pasal apa..



utk yg rajin nak membaca, boleh la baca berkenaan buku sejarah tersebut di sini - Hikayat Merong Mahawangsa.

Ini ringkasan hikayat yg di ambil dari laman web sasterarakyat-kedah.com

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.


Tak sabar nak tunggu HMM ni masuk astro first, nak harap tgk kat panggung wayang mmg tak dpt la..tgk aje la kat astro..ulang2 48 jam, tgk tebuk2 pon tak pe..memula tgk intro, anak tido tgk tgh nya pulak, esok tgk ending..apa nak buat..huhu..

***Update

Hasil pembacaan mamaseni rupa-rupanya filem HMM ni tak di ambil jalan cerita 100% dari hikayat sebenar..berikut sinopsis di copy dari laman utusan

Filem HMM yang ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Apa? Hindraf Nak Buat Demo?

Alaaaa...ni tak best dgr ni..

pada tuan puan yg belum mengetahui, kat kompleks kraf sekarang ada pameran kraf kebangsaan..sampai 7 mac ni..

memandangkan tudung saji yg dibeli 7-8 tahun lepas dah byk berlubang, tak masuk kena pijak2 dgn anak..maka mamaseni pon plan nak pegi la rembat satu tudung saji anyaman..ye mmg ada jual di supermarket tudung saji plastik yg berlubang tu..tapi mamaseni yg berjiwa tradisional ni tetap memilih kraf asli..tak kira la anyaman rotan, lidi atau daun mengkuang..

tiba2 kat FB kecoh kata hindraf nak buat demonstrasi hari ahad kat area klcc..wth? adakah jalan akan jammed..adakah ramai polis dan FRU akan menjaga andainya ada org merusuh..sebab kompleks kraf tu kat jalan conlay, jalan2 area situ eaton, stonor semua tu ada jugak sipi2 ke hala KLCC..waaa..

nampak gaya terpaksa la ku tangguhkan hajat mencari tudung saji anyaman ke hari sabtu depan..macik menjual tudung saji jgn la tutup booth awal yer..simpan satu tudung saji yg molek2 utk saya beli..pleasseeee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Lego Duplo

Sebenarnya nak citer yg mamaseni sejak dah beranak ni la baru dpt peluang nak main Lego..haaa..ye la zaman kecik dulu seingat mamaseni ada la yg ala-ala lego (jenis block tu tapi cap ayam, pasar malam marii) tapi tak de la yg berbentuk castle ke princess ke..girls kan mesti la suka benda2 berunsur begitu..tapi bila dah ada anak laki ni, jiwa dia pulak ke hala2 lori, bas, traktor..mamaseni pon terpaksa la mengubah minat ke arah machinery demi memahami anak..



Bila dah beli satu Lego Duplo ni mmg rasa berbaloi dgn harganya..kuat wehh plastik lego ni..takat kena baling2 ke, or terpijak tu tak de nak berderai..sakit kaki lagi ada la..melainkan kalo korang amik hammer pastu cuba sedaya upaya nak menjahanamkan lego tu mungkin la akan berkecai plastik dia..(sapa la manusia sadis sgt tu kan..tak de keja lain gamaknya)

Anyway, utk kanak2 yg baru nak berkecimpung dgn Lego ni, digalakkan beli yg Duplo, esp. kalo umur 2-5 tahun..bukan apa, size dia double block asas Lego yg kecik2 tu, jadi tak de la buleh tertelan ke apa ke..bila dah mahir skit beli yg City, bila anak dah 12 tahun ke atas, buleh beli yg Technic..haa yg tu halus2 parts nya..kalo nak buat robot2 pon ada jual motor dia sekali..

Kenapa la time mamaseni amik elective subject robotics dulu tak tau kewujudan robot dan motor dalam Lego ni..melilau cari parts nak gerakkan tgn robot time nak siapkan projek..last2 team mates bebudak laki yg setelkan..kami yg pompuan buatkan documentation je..hampeh kan...huhu..hopefully zaman anak mamaseni amik degree esok2, boleh la mama bagi bantuan buah fikiran..idea nak siapkan assignment dia..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Conjunctivitis

Kenapa la rasa mcm mata ni nak kena conjunct..isk isk..adakah kerana semalam telah pegi ke taman permainan dan terkena kuman dan virus di taman tersebut..huhu..

Sapa yang tak tau conjunct tu apa? ala..yg sakit mata merah tu..kalo kena nak2 mesti seminggu gak MC..


(Photo taken from laserlasikeyesurgery.com)

ni ada info dalam bahasa melayu utk sapa yg tak pasti conjunctivitis tu apa

Conjunctivitis

Ni plak penerangan in English..

Conjunctivitis, commonly known as pinkeye, is an inflammation of the conjunctiva, the clear membrane that covers the white part of the eye and the inner surface of the eyelids.

Utk langkah berjaga-jaga, MamaSeni akan ke klinik petang nanti..kalau sendiri yg menanggung sakit mata ni tak pe, buatnya berjangkit anak beranak semua..adeihhh..itu sudah susah tu..Ya Allah, Ya Tuhanku, mintak2 la tak melarat..buat masa ni dok letak eye ointment apa yg ada..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Oh Panasnya Cuaca

Perasan tak sejak dua menjak ni cuaca panas gilerr..

Ala..tau la korang kat ofis ada air cond..mamaseni pon dok dlm bilik air cond jugak walau kat rumah..tapi bila kuar nak siram pokok ke, buang sampah ke..iskk punya la panas..

Bila panas ni terfikir alangkah bertuahnya ditakdirkan hidup tak susah..bukan nak kata kaya raya, mewah tapi maksud ku itu, tak susah tu tak payah membanting tenaga, tulang empat kerat, membajak sawah ke, angkat sampah ke, keje bina bangunan ke tgh2 panas ni..

Kadang-kadang kita lupa nak bersyukur atas segala rahmat yg Tuhan kurnia..yg ada kerja tetap, ada gaji hujung bulan tu, bersyukur la..jangan nak merungut aje..nanti rezeki yg nak bertambah pon terbantut tak jadi nak masuk poket :)

kalau kata negara kita tiba2 bergolak, berperang, mungkin kita pon terpaksa keluar membanting tulang tgh panas jugak utk berebut dapatkan makanan, ubat, bekalan utk anak bini..hidup dalam ketakutan..Nauzubillah..mintak dijauhkan..

oh, terima kasih jugak pada yg bekerja sebagai buruh, yang angkat sampah, sapu sampah..kalau tak de dorang, mungkin kita yg duduk di kawasan perumahan ni pulak kena angkut semua sampah2 berulat dan busuk tu masuk bonet keta dan pegi buang..tak ke susah tu..walau apa pon pekerjaannya kita harus buat dgn ikhlas..

mcm mama di rumah pon, ada masa terfikir nasib sungguh bertuah sebab jadi suri rumah di zaman sekarang, bayangkan kalau zaman dulu, kena angkut air dari telaga utk masak, minum dan mandi, pegi membasuh di sungai, memasak pon pakai dapur kayu, rumah berbumbung atap nipah..aduhhh...bersyukur dan terus berusaha utk dapat kehidupan yg lebih baik, itu yg seharusnya semua org lakukan..betul tak?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

February 2011

Emm..kejap je kan dah masuk Feb, ni tgh cuti raya cina..weekend panjang la kan 4 hari sejak khamis, kalo yg mana keja kat KL/putrajaya tu 1hb dah cuti hari wilayah kan, amik 2hb terus la jadi 4 hari cuti tak bekerja..huhu..BTW, korang balik kg ke?


Yang mana kampung halaman kena banjir tu kesiannya la..apa lagi kalo yg merancang buat majlis kenduri kawin, bersanding semua..harap2 semuanya tabah la yer..apa nak buat sesekali Tuhan berikan dugaan..

Oh, memandangkan tahun ni tahun rabbit, maka mamaseni pon research la what's this year will bring..eh bukan tahyul, saja suka2 sebagai semangat utk berusaha lebih..yg mana best kita percaya la, mana yg tak best kita jadikan sebagai cabaran to prove otherwise..ye dak?

ni la hasil copy paste dari web theholidayspot.com

A placid year, very much welcomed and needed after the ferocious year of the Tiger. We should go off to some quiet spot to lick our wounds and get some rest after all the battles of the previous year.

Good taste and refinement will shine on everything and people will acknowledge that persuasion is better than force. A congenial time in which diplomacy, international relations and politics will be given a front seat again. We will act with discretion and make reasonable concessions without too much difficulty.

A time to watch out that we do not become too indulgent. The influence of the Rabbit tends to spoil those who like too much comfort and thus impair their effectiveness and sense of duty.

Law and order will be lax; rules and regulations will not be rigidly enforced. No one seems very inclined to bother with these unpleasant realities. They are busy enjoying themselves, entertaining others or simply taking it easy. The scene is quiet and calm, even deteriorating to the point of somnolence. We will all have a tendency to put off disagreeable tasks as long as possible

Money can be made without too much labor. Our life style will be languid and leisurely as we allow ourselves the luxuries we have always craved for. A temperate year with unhurried pace. For once, it may seem possible for us to be carefree and happy without too many annoyances.


So kesimpulannya MamaSeni tahun ni perlu la lebih berjimat sebab tahun rabbit ni dijangka tahun yg relax and mcm duit pon tak berapa tight budget, jadi akan terbelanja lebih..so esok lusa kalo keluar, tahan diri la yer dari beli apa2 yg bukan keperluan..huhu..susah tu..adeiihhh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments